Rabu, 19 November 2008

MP Pendang jelas pasal isu kouto 50% rumah di Kedah

Malaysiaki melaporkan :


Kuota rumah: MCA bidas k'jaan PAS Kedah

MCA hari ini membidas tindakan kerajaan PAS di Kedah yang masih berkeras mahu meneruskan dasar baru 50 peratus kuota perumahan bumiputera mulai 1 September lalu.

Pengerusi Biro Maklumat dan Komunikasi MCA, Lee Wei Kiat berkata, kerajaan negeri tidak memperdulikan bantahan dan rayuan pelbagai pihak, termasuk pihak pemaju dan ahli-ahli politik, berhubung pelaksanaan peraturan baru itu.

"Para pemaju perumahan di negeri itu akan mengalami kerugian besar jika kerajaan negeri meneruskan peraturan baru itu," kata Lee dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan itu, tambahnya, menjejaskan minat para pemaju untuk melabur dan melaksanakan projek perumahan baru di negeri itu.

Kataya, masalah itu timbul ekoran pemaju tidak dibenarkan menjual unit yang diperuntukkan kepada bumiputera, yang tidak terjual, walaupun selepas tempoh enam bulan.


[Penjelasan oleh Ahli Parlimen Pendang YB Dr Haji Mohd Hayati Othman]



Tarikh : 19 November 2008

Tempat : Parlimen

Tiada ulasan: